my say ;

believe ; one fine day :)

i rant. i scream. i cry.
i laugh. i bitch. i post.
that's what Blog is all about ?

isabelle ;

WANEE

turning 22
adik_wani@hotmail.com

comments? ;

Credits

EDITED: Meii/{♥}
Layout: Scribbles-love/{♥}
Icon: Photobucket



Friday, July 04, 2008 ;

Mengapa kau tinggalkan aku ketika cinta ini sedang mekar mengharum? Sedangkan kau tahu aku tidak bisa hidup tanpa kau di sisi. Jangan kata kau lupa saat-saat manis yang pernah kita lalui bersama. Kita pernah menabur kasih dan cinta di taman hati. Kupersembahkan segala yang aku ada untukmu. Apa lagi yang kau mahukan sudah kuturutkan. Kerana cinta, kasih dan setiaku, kerana janji dan sumpah yang kau lafaz dulu, air mataku berlinangan. Tapi kau pergi jua...

Dirimu tetap ku nanti, dirimu tetap ku tunggu. Biarlah masa beredar begitu pantas, tetapi hatiku tetap utuh untukmu mungkin sehingga akan tibanya kebahagiaan yang sering ku nantikan dan harapkan dari mu. Atau mungkin sehingga hadirnya insan yang akan memberikan aku cinta yang tulus dan setia. Dan mungkin, tika itu, kau akan menyedari betapa teguh dan setianya cintaku padamu, betapa dalamnya perasaan sayangku padamu. Tetapi sayangnya, cintaku itu mungkin sudah beralih arah.

Apa pun jua, kehadiranmu yang aku inginkan. Bukan dari insan lain. Selagi kuat perasaan sayangku padamu, selagi itu, dirimu tetap ku tunggu. Hanya kau di hati namun kau pergi jua... Meninggalkan hati yang parah terluka dan berdarah.



I'll be on HIATUS. Take care.