i rant. i scream. i cry.
i laugh. i bitch. i post.
that's what Blog is all about ?
WANEE
turning 22
adik_wani@hotmail.com
EDITED: Meii/{♥}
Layout: Scribbles-love/{♥}
Icon: Photobucket
|
Wednesday, September 30, 2009 ;
suatu detik, ketika wujudnya suatu perasaan aneh yang menyapa hatiku, aku menjadi ragu. ragu akan diriku, ragu akan kesetiaanku, erti kata lain ragu dengan segalanya. tetapi apakan daya, setiap kali diri membayangi wajahmu, makin menerbit perasaan aneh itu. semakin mendalam perasaan hati ini hingga mampu membuat diriku tersenyum bahagia.
akhirnya, ku sambut dirimu dengan hati yang penuh persoalan. ku cuba jua menyemai benih Cinta dengan kesabaran walaupun pelbagai dugaan menerpa. alasanku? HANYA KAU YANG AKU CINTA. kita belayar diatas kapal cinta yang penuh dengan badai tawa tangis. kita ucap kalimah cinta setiap detik dan saat. indah sungguh hari yang berlau sehingga membuat diriku terlena.
sehingga suatu ketika, aku mula sedar akan dirimu yang semkain menjauh. jauh dari ku. namun, aku tetap sabar, mengharap segalanya akan pulih kembali. menanti seperti menunggu bulan jatuh ke riba.
akhirnya, segalanya berakhir sudah. kau lepaskan diriku tanpa alasan teguh. membiarkan aku terkontang kanting dengan perasaan hati. apa salahku, apa dosaku?
mudah benar kau melepaskan segalanya. mana perginya jani sumpah setiamu? mana hilangnya detik mains bersama dahulu? lupakah kau akan semua itu? dan pantaskah kau membunuhku sebegitu rupa?
kini, tertutup sudah lembaran cinta kita. ku tunggu dengan penuh harapan akan dirimu. namun, segalanya telah hancur berkecai. tiada yang tahu betapa terluka hati ini.
kini, mampukah engkau memberikan aku jawapan?
"apa mampu aku bukakan pintu hati ini jika segala perasaan dan isi hati yang perit ini masih belum mampu aku benamkan?"
"apa mampu aku menerima cinta insan yang lain setelah aku mendapat luka yang separah ini?"
"dan apakah aku mampu menipu insan yang lain semata mata ingin membahagiakan luaran hati ini sedangkan inti pati hati masih menyayangi dirimu?"
-ceritaku-
|
|